Anda di sini

Isu popular dimainkan tanpa memikirkan impak

Advertisement

PRIHATIN: Ahmad Shabery (kanan) meluangkan masa menziarahi Jamal yang uzur di rumahnya di Kampung Selangor Dredging di Dengkil semalam. — Gambar Bernama

Di Malaysia walaupun harga barang naik tetapi masih terkawal

DENGKIL: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sesetengah pihak hanya tahu mengambil kesempatan dengan kerap memainkan ‘isu popular’ tanpa mengira impak kepada negara di masa akan datang.

Beliau berkata isu kenaikan harga barang yang kini hangat diperkatakan sememangnya dialami oleh semua negara namun Malaysia boleh dianggap sebagai satu daripada negara di dunia yang dapat mengawal kadar kenaikan harga barang dengan baik.

“Kalau mereka bercakap mengenai isu harga barang naik, saya mahu bertanya kepada mereka, boleh tak buktikan ada tak negara lain yang harganya semakin turun dan tak naik.

“Orang bercakap mengenai harga minyak di Venezuela yang termurah di dunia tetapi kita cuba semak berapakah kadar inflasi di sana. Mereka di sana (Venezuela) tidak cakap tentang 10-20 peratus, mereka bercakap tentang 50-100 peratus kadar inflasi di negara yang harga minyaknya paling murah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada  pemberita selepas melawat bekas personaliti rancangan kanak-kanak Radio Televisyen Malaysia, Jamal Muhamad, 75, yang kini uzur kerana menghidap sakit tulang belakang di rumah personaliti itu di Kampung Selangor Dredging di sini, semalam.

Justeru, Ahmad Shabery berkata langkah Petronas untuk melaburkan keuntungan mereka untuk mencari telaga baharu bagi simpanan minyak di luar negara adalah wajar demi ketahanan ekonomi negara pada masa akan datang.

“Jadi tolonglah buka mata, adakah wajar permintaan mereka untuk keuntungan Petronas segala-galanya hen-dak kita lambakkan bagi ke-senangan orang untuk waktu sekarang ini tanpa Petronas guna untuk melabur mencari telaga baharu bagi menjadikan negara kita ini ada kekuatan dari segi ekonomi untuk akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai sam-butan ambang tahun baharu malam tadi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang terjejas oleh perhimpunan haram, Ahmad Shabery berkata gerakan yang berniat untuk menjatuhkan kerajaan adalah satu usaha yang sia-sia kerana kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat masih kekal.

“Kalau mereka nak suruh jatuhkan dan gulingkan kerajaan, kerajaan takkan terguling, kerajaan tetap ada di sini,” katanya dan menganggap usaha itu hanya membuang masa dan keputusan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib untuk menghentikan majlis sambutan adalah wajar.

“Saya kira Datuk Bandar telah ambil keputusan yang baik, tidak ada makna untuk diteruskan jika dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Konsert sempena menyambut tahun baharu di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan kira-kira setengah jam sebelum detik 12 tengah malam berikutan peserta perhimpunan haram bertindak ganas merempuh barisan anggota polis untuk merampas pentas konsert itu.

Lebih 10,000 orang me-nyaksikan konsert yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur apabila kejadian itu berlaku. — Bernama

Advertisement