Anda di sini

Bahan plastik masih penyumbang utama pencemaran alam

Advertisement
 Christina (dua kiri) ketika melepaskan para peserta program berkenaan.
BERMULA: Christina (dua kiri) ketika melepaskan para peserta program berkenaan.

KOTA KINABALU: Penggunaan bahan plastik masih menjadi penyumbang utama kepada pencemaran global selain menjadi isu nasional yang memberikan kesan negatif kepada persekitaran serta sektor pelancongan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, kewujudan sisa plastik di persekitaran bukan hanya menjejaskan keindahan alam flora dan fauna tetapi juga kehidupan marin.

"Berdasarkan kajian, kira-kira 13 juta tan sampah terdiri daripada plastik dihanyutkan ke lautan setiap tahun.

"Keadaan ini perlu diberikan perhatian dan kita harus mengawal penggunaan plastik, kita harus mula menggunakan bahan alternatif sebagai gantian kepada plastik dalam kehidupan harian," katanya dalam satu kenyataan selepas melancarkan Sabah Ploggin Run 2019, di sini kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berterima kasih kepada pihak penganjur dan penaja di atas sumbangan diberikan dan harap aktiviti lari sambil memungut sampah yang dianjurkan itu dapat dijadikan budaya dari semasa ke semasa.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman serta tetamu kehormat lain.

Christina bersama sekumpulan peserta bergerak ke Jalan Pantai Tanjung Aru sehingga Beach Kedua dan kembali ke Perdana Park. Sepanjang perjalanan mereka memungut sampah, kumpulan peserta yang lain juga bergerak ke Pekan Tanjung Aru dan sekitarnya untuk memungut sampah.

  • oleh
  • Advertisement