Anda di sini

UiTM kejutkan Sarawak di Shah Alam

Advertisement
Sarawak alami kekalahan kedua dalam kempen Liga Premier 2018

KUCHING: Sarawak gagal meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Liga Premier 2018 apabila dikejutkan skuad berstatus kelab UiTM FC, 3-2 pada perlawanan berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam malam tadi.


Penyerang import dari Argentina, Lucas Pugh menceriakan penyokong tuan rumah dengan meledak jaringan pembukaan pada minit ke-12.


UiTM FC terus selesa di depan selepas Lucas sekali lagi mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-32.


Sarawak enggan mengalah dan berjaya merapatkan jurang hasil jaringan pemain import dari Croatia, Mateo Roskam menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan (45).


Anak didik Ian Andrew Gillan sekali lagi dihukum UiTM FC pada minit ke-58, kali ini menerusi seorang lagi pemain import mereka dari Ivory Coast, Dao Bakary.


Bagaimanapun, Mateo berjaya mengurangan defisit gol Sarawak dengan menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-80.


Sarawak berpeluang mengikat kedudukan namun rembatan kencang Milos Raickovic sekadar menggegar palang gol lawan pada lewat permainan.


Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan.


Kekalahan kedua Sarawak menyaksikan skuad itu jatuh ke tangga ketiga denga mengumpul 14 mata. 


Mereka akan meneruskan kempen menentang pendahulu liga, Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada Khamis ini.

  • oleh
  • Advertisement