Anda di sini

Polis kesan suspek bunuh seorang lelaki tempatan

Advertisement
 

LAHAD DATU: Polis Lahad Datu giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai melarikan diri selepas membunuh seorang lelaki tempatan dan turut mencederakan adik ipar mangsa.

Kejadian berlaku di Kilometer 7, Jalan Tengah Nipah, berhampiran persimpangan masuk ke kawasan perumahan Taman Warisan 4, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu, mangsa berusia 30 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat dikelar suspek, dipercayai menggunakan senjata jenis barong.

Manakala adik iparnya yang berusia 11 tahun turut mengalami kecederaan akibat terkena hirisan senjata sama pada jari kelingking kiri, jari telunjuk serta ibu jari.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat dikelar suspek dipercayai menggunakan senjata jenis barong.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat dikelar suspek dipercayai menggunakan senjata jenis barong.
  • oleh
  • Advertisement