Anda di sini

Polis AS buru penembak separuh bogel

Advertisement
 Polis memeriksa bahagian dalam Waffle House di Nashville selepas Reinking (sisipan) disyaki menembak mati empat orang di restoran tersebut kelmarin. — Gambar Reuters/AFP
SIASAT: Polis memeriksa bahagian dalam Waffle House di Nashville selepas Reinking disyaki menembak mati empat orang di restoran tersebut kelmarin. — Gambar Reuters/AFP

WASHINGTON: Polis Amerika Syarikat (AS) memburu seorang lelaki bersenjata api separuh bogel yang menembak mati empat orang di sebuah restoran wafel kelmarin selepas dia melarikan diri dari seorang “wira” yang merampas senjatanya.

Polis di bandar Nashville di Tennessee berkata suspek dalam kejadian terbaharu tembakan beramai-ramai itu mungkin mempunyai “isu mental”, dan insiden itu mendorong datuk bandar di bandar tersebut mengeluarkan satu permintaan luar biasa bagi “perubahan senjata komprehensif”.

Jabatan Polis Metro Nashville berkata Taurean San-derlin, 29, Joe Perez, 20, dan Deebony Groves, 21, ditembak mati dalam restoran Waffle House di subbandar Antioch pada jam 3.25 pagi waktu tempatan.

Mangsa keempat, Akilah Dasilva berusia 23 tahun, meninggal dunia di hospital.

Sementara itu Shanita Waggoner, 21, dan Sharita Hen-derson, 24, tercedera dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Travis Reinking berusia 29 tahun dan menyatakan dia mungkin bersenjatakan raifal dan pistol, selepas menembak dengan  raifal separa automatik AR-15 di restoran tersebut, di mana dia dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai jaket hijau.

Sejenis senjata ala-tentera, AR-15 telah beberapa kali digunakan dalam kejadian tembakan beramai-ramai di AS.

James Shaw, 29, memberitahu satu sidang media bahawa dia dan rakannya sedang duduk di dalam restoran tersebut selepas pergi ke sebuah kelab malam, ketika mereka menyangka satu timbunan pinggan telah jatuh ke lantai.

“Saya melihat pekerja Waffle House bertempiaran lari. Kemudian saya memandang belakang dan melihat seorang terbaring di atas lantai di depan pintu masuk,” kata Shaw, yang memakai jaket sut dan lengan kanannya berbalut.

Shaw berkata dia meninggalkan mejanya dan bergerak ke arah pintu ketika penye-rang itu cuba untuk masuk selepas menembak melalui cermin.

“Saya sangat pasti dia telah melukakan lengan saya,” ujar Shaw.

“Saya seakan telah membuat keputusan, kerana tiada cara untuk mengunci pintu tersebut, bahawa sekiranya dia melaluinya, dia perlu berusaha untuk membunuh saya.”

Ketika penembak itu sedang mengisi semula pelurunya, atau senjatanya tersekat, Shaw berlari dan memukul dia dengan pintu yang berpusing, membawa kepada satu pergelutan.

“Saya berjaya merampas senjata itu dengan sebelah tangan, dan kemudian saya mengambilnya daripada dia dan melontarnya ke arah kaunter, sebelum membawa suspek itu ke keluar,” kata Shaw.

Polis berkata mereka mempercayai suspek telah membuang jaketnya ketika melarikan diri ke rumah, di mana dia memakai seluar dan kemudian hilang ke dalam hutan berhampiran.

Ia merupakan kejadian tembakan kedua dalam tempoh beberapa bulan di Nashville, namun yang terbaharu dalam banyak yang terjadi di AS yang melibatkan kemala-ngan jiwa yang besar.

Satu kempen akar umbi menampilkan rali beramai-ramai bagi kawalan senjata telah muncul sejak Februari, selepas seorang bekas pelajar melepaskan tembakan  dengan senjata AR-15 di sebuah sekolah tinggi Florida, mengorbankan 17 pelajar dan kakitangan.

Selepas serangan itu, perniagaan termasuk Walmart dan Dick’s Sporting Goods telah mengambil langkah untuk menghalang akses bagi senjata api namun tiada perundangan utama bagi mengawal senjata.

Pada September, seorang lelaki berusia 25 tahun membunuh seorang dan mence-derakan enam yang lain semasa sembahyang Ahad di sebuah gereja di Nashville, yang lebih dikenali dengan warisan muzik country.

Datuk bandar memuji keberanian Shaw, begitu juga dengan Ketua Polis Nashville Steve Anderson dan CEO Waffle House Walt Ehmer.

“Kamu tidak berpeluang untuk menemui ramai wira dalam hidup, Encik Shaw, namun kamu adalah seorang wira. Kamu adalah wira saya. Kamu telah menyelamatkan nyawa orang,” kata Ehmer.

“Selama-lamanya kami akan terhutang budi kepada anda.”

Jurucakap polis Nashville Don Aaron memberitahu wartawan bahawa Reinking, berasal dari Illinois, telah diberkas oleh Perkhidmatan Rahsia AS kerana berada di kawasan larangan berhampiran Rumah Putih pada Julai 2017.

Pada masa itu, kelulusan bagi senjata api Illinois telah ditarik balik dan senjata api-nya – termasuk raifal AR-15 – telah dirampas.

Namun pihak berkuasa tempatan di Illinois kemudian mengembalikan senjata api tersebut kepada bapa Reinking, “yang kini mengaku telah menyerahkan semula kepada anak lelakinya,” kata Aaron. — AFP

Advertisement