Anda di sini

Maritim Malaysia tahan kapal kargo

Advertisement
Bot yang ditahan dalam operasi itu.
Bot yang ditahan dalam operasi itu.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 18 Tawau telah menahan sebuah kapal kargo yang disyaki membawa masuk 20 tan buah sawit secara tidak sah.

Pengarah Maritim Daerah Tawau Kapten Maritim Romli Hj Mustafa berkata muatan buah sawit itu dianggarkan bernilai RM12,500 itu disyaki dibawa masuk ke daerah ini dari negara jiran tanpa sebarang permit membawa yang sah daripada pihak Lembaga Sawit Malaysia.

Katanya anggota Maritim Malaysia yang melakukan tugasan harian terserempak dengan kapal kargo berkenaan di perairan Wallace Bay Tawau dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 12.15 tengahari.

“Hasil pemeriksaan awal terdapat seorang juragan berusia dalam lingkungan 23 tahun berada dalam kapal kargo terbabit merupakan penduduk warganegara Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini.

  • oleh
  • Advertisement