Anda di sini

Lelaki mengaku bersalah miliki kasut curi

Advertisement

MIRI: Gara-gara memiliki sepasang kasut curi, seorang lelaki didenda RM2,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Hukuman itu dijatuhkan Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Arif Saifullah Maksum telah didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan curang telah menerima atau memiliki harta curi iaitu sepasang kasut keselamatan kepunyaan Jospeh Leman.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.30 malam, 16 April lalu di tempat letak kereta sebuah pasaraya di Permyjaya.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Advertisement