Anda di sini

Lelaki didakwa menceroboh, mencuri

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 47 tahun, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menceroboh dan bersembunyi bagi maksud mencuri.

Rosli Japar@Rosli Jaapar, didakwa menceroboh masuk ke dalam rumah milik seorang lelaki berusia 35 tahun, mencuri wang RM5,000 dan empat buah tabung berisi syiling dianggarkan berjumlah RM2,000.

Kesalahan dilakukan pada 25 Mac jam 10 malam di sebuah rumah, Lorong Bersatu, Taman Bersatu, daerah Putatan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pengurusan kes pada 21 Mei, terhadap tertuduh yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh tiga tahun dan denda jika sabit kesalahan.

  • oleh
  • Advertisement