Anda di sini

Enam PTI dihukum penjara dan sebat

Advertisement
 

LAHAD DATU: Seramai enam pendatang tanpa izin (PTI) yang ditangkap oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lahad Datu pada Mac lalu, dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan hingga sembilan bulan serta tiga sebatan setiap seorang kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Pengarah Maritim Lahad Datu Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael berkata, bot peronda APMM yang sedang menjalankan tugas rondaan di sekitar perairan Tanjung Labian telah bertindak menuju ke kawasan yang disyaki menjadi laluan bagi PTI.

Semasa melaksanakan tinjauan, APMM berjaya mengesan sebuah bot pancung membawa PTI ingin menyusup keluar ke perairan Filipina melalui laluan yang tidak diwartakan.
Katanya, kesemua tertuduh berusia antara 20 sehingga 42 tahun dijatuhkan hukuman pada Selasa.

Enam PTI terima padah kerana menyusup keluar ke perairan Filipina melalui laluan tidak diwartakan.
Enam PTI terima padah kerana menyusup keluar ke perairan Filipina melalui laluan tidak diwartakan.
  • oleh
  • Advertisement