Anda di sini

Dua pemuda tempatan didakwa lupuskan harta curi

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Dua pemuda tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan melupuskan harta curi.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh pengurusan kes pada 16 Mei dan 4 Jun terhadap Mohd Hardi Hassan, 23, dan Mohd Shafiq Shazreen, 21.

Mereka dengan niat bersama, melupuskan sebuah enjin motosikal milik seorang lelaki pada 19 April jam 7.50 malam, di Kampung Warisan, Inanam, di sini.

Pada hari sama kira-kira jam 8.20 malam di tepi longkang Jalan Tuaran ByPass, di sini, mereka memindahkan sebuah rangka motosikal milik mangsa sama.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya.

  • oleh
  • Advertisement