Anda di sini

6 RS anjur Kayuhan Terabai Menua ke Pantai Belawai

Advertisement
 Para peserta program Kayuhan Terabai Menua anjuran 6 RS merakam kenangan di Pantai Belawai.
KENANGAN: Para peserta program Kayuhan Terabai Menua anjuran 6 RS merakam kenangan di Pantai Belawai.
 Para peserta program Kayuhan Terabai Menua bersemangat berbasikal ke Pantai Belawai.
SEMANGAT: Para peserta program Kayuhan Terabai Menua bersemangat berbasikal ke Pantai Belawai.

PASUKAN Batalion Ke-6 Rejimen Sempadan (6 RS) telah menganjurkan program Kayuhan Terabai Menua sejauh 123 kilometer bermula dari kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Junaco dan berakhir di Pantai Belawai, Sabtu lalu.

Upacara perlepasan peserta yang berlangsung seawal jam 7 pagi telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-6 RS, Leftenan Kolonel Werar Suleiman Ali.

Program tersebut disertai seorang pegawai dan 18 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 6 RS.

Kayuhan Terabai Menua merupakan salah daripada satu aktiviti yang terdapat dalam Program Gaya Hidup Sihat 6 RS.

Setiap pegawai dan anggota 6 RS telah diterapkan untuk membudayakan gaya hidup sihat.

Selain itu, Program Kayuhan Terabai Menua ini merupakan persiapan awal untuk Ekspedisi Berbasikal 31 Briged Tahun 2018.

Ekspedisi yang dirancang itu akan bermula dari Miri dan berakhir di Tawau, Sabah.

Program tersebut telah dimeriahkan dengan persembahan daripada Kugiran 6 RS (The Sixth) dan kehadiran penduduk sekitar Pantai Belawai.

  • oleh
  • Advertisement