Anda di sini

Program ‘Jejak Kasih’ IPD Padawan kenang jasa pesara polis

Advertisement
 Merbin menyampaikan sumbangan kepada Simon sambil disaksikan yang lain semasa program Jejak Kasih IPD Padawan.
SUMBANGAN: Merbin menyampaikan sumbangan kepada Simon sambil disaksikan yang lain semasa program Jejak Kasih IPD Padawan.
 Merbin bersama pegawai serta anggota dari IPD Padawan melawat Jack di kediamannya semasa program Jejak Kasih IPD Padawan.
MESRA: Merbin bersama pegawai serta anggota dari IPD Padawan melawat Jack di kediamannya semasa program Jejak Kasih IPD Padawan.

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan baru-baru ini menganjurkan program kebajikan dikenali ‘Jejak Kasih’ pesara polis sempena Hari Polis Ke-211.

Program yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan DSP Merbin Lisa itu berobjektif menunjukkan keprihatinan PDRM kepada pesara atas bakti mereka kepada negara dan jabatan.

Beliau berkata ia juga sebagai tanda penghargaan PDRM terhadap bekas pegawai serta anggota pada masa sama mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan pesara.

“PDRM, dan IPD Padawan khasnya sentiasa berusaha untuk mencari ruang dan peluang untuk membantu mereka yang memerlu bantuan menerusi Cawangan Kebajikan IPD.

“Program Jejak Kasih ini juga sebagai mengenang jasa serta pengorbanan polis sepanjang perkhidmatan mereka,” katanya.

Beliau turut berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai pesara polis yang memerlukan bantuan serta sokongan.

Pada program tersebut, tiga pesara polis dikunjungi iaitu SM (B) Simon Repon, 61, KPL (B) Niyes Nganjail, 61, dan ASP (B) Jack Joni, 74.

Kesemua mereka sakit dan memerlukan rawatan susulan di Hospital Umum Sarawak .

Selain melawat dan bertanya khabar, IPD Padawan turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan sagu hati kepada setiap pesara berkenaan.

Advertisement