Anda di sini

SMK Semerah Padi bakal miliki kemudahan sukan kriket

Advertisement
 Fadillah (tiga kiri) menyampaikan insentif kepada salah seorang pelajar cemerlang SMK Semerah Padi di Kuching semalam.
INSENTIF: Fadillah (tiga kiri) menyampaikan insentif kepada salah seorang pelajar cemerlang SMK Semerah Padi di Kuching semalam.

KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Padi di sini bakal memiliki satu lagi kemudahan sukan baharu untuk pelajar-pelajarnya  menjalankan aktiviti sukan dan latihan kriket.

Pengetuanya, Hadiah Amit mengemukakan permohonan untuk pembinaan sebuah padang kriket di sekolah tersebut.

Permohonan dikemukakan kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika kunjungan ke sekolah tersebut bagi Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) semalam.

Permohonan tersebut telah mendapat perhatian menteri terbabit dan bersetuju dengan cadangan pembinaan padang kriket di sekolah tersebut.

“Selain padang kriket, saya turut dimaklumkan oleh pihak sekolah berhubung masalah pendawaian sudah uzur dan memerlukan tindakan segera.

“Justeru, saya mengarahkan pihak berkenaan memeriksa keseluruhan bangunan sekolah ini bagi membolehkan kita melakukan pendawaian semula,” katanya.

Berhubung masalah dana pembinaan Pusat Islam di sekolah tersebut, Fadillah turut bersetuju membantu pihak sekolah mendapatkan sejumlah RM70,000 lagi diperlukan bagi tujuan tersebut.

Pada majlis itu, Fadillah turut menyampaikan insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang Penilaian Tahap 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 sekolah tersebut.

Seramai 21 orang pelajar cemerlang PT3  dan sembilan pelajar cemerlang SPM 2017 menerima insentif masing-masing bersama ibu bapa mereka.

Turut diadakan Program Sepagi Bersama Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Kaleed.

Advertisement