Anda di sini

Program Jualan Sentuhan Rakyat, peluang rakyat nikmati harga rendah

Advertisement
 Wan Junaidi merakamkan gambar kenangan bersama penduduk pada perasmian Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 di pekarangan SK Santubong, baru-baru ini.
BAGUS: Wan Junaidi merakamkan gambar kenangan bersama penduduk pada perasmian Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 di pekarangan SK Santubong, baru-baru ini.
__alt__
 Orang ramai sibuk membeli-belah untuk mendapatkan pelbagai barang makanan dan keperluan asas yang dijual pada harga rendah.
PELUANG KEEMASAN: Orang ramai sibuk membeli-belah untuk mendapatkan pelbagai barang makanan dan keperluan asas yang dijual pada harga rendah.

PROGRAM Jualan Sentuhan Rakyat 2018 yang diadakan di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Santubong di Kuching, baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Program bermula kira-kira jam 9 pagi itu diserbu orang ramai yang enggan melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan makanan dan keperluan asas yang dijual pada harga rendah daripada harga pasaran.

Majlis perasmian program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan agensi kerajaan lain dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi yang ditemui berkata, program tersebut dilaksanakan bagi memberi peluang kepada penduduk setempat membeli barangan pada harga rendah.

“Selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ini adalah sebahagian inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dalam menangani kos kehidupan yang meningkat kerana keadaan ekonomi dunia. Barangan keperluan dijual pada harga sangat berpatutan tanpa kompromi soal kualiti,” katanya.

Program Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di seluruh negara  merupakan salah satu inisiatif kerajaan berkonsepkan penjualan barangan keperluan asas dan keperluan harian dapur yang dikenal pasti dijual dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Sebanyak 30 jenis barangan dijual pada harga suntikan insentif termasuk barang kawalan seperti gula pasir kasar satu kilogram, minyak masak peket dan tepung gandum satu kilogram.

  • oleh
  • Advertisement