Anda di sini

Morote dipindah ke tahanan rumah

Advertisement
 Morote (kiri) diiringi ahli keluarga setibanya untuk tahanan rumah di Chaclacayo, 30 kilometer ke timur Lima selepas pembebasannya dari penjara kelmarin. — Gambar AFP
TAHANAN RUMAH: Morote (kiri) diiringi ahli keluarga setibanya untuk tahanan rumah di Chaclacayo, 30 kilometer ke timur Lima selepas pembebasannya dari penjara kelmarin. — Gambar AFP

LIMA: Osman Morote, bekas timbalan pemimpin kumpulan gerila Shining Path yang pernah digeruni di Peru, telah dipindahkan dari penjara ke tahanan rumah kelmarin selepas 30 tahun meringkuk dalam penjara, kata peguamnya.

Morote, 73, meninggalkan penjara Piedras Gordas ke utara Lima dengan menaiki kenderaan sendiri di bawah perlindungan polis yang ketat.

Dia memandu ke rumah seorang ahli keluarga di Chaclacayo, 30 kilometer ke timur Lima, kata peguamnya Manuel Fajardo kepada AFP.

Kumpulan Maoist, Shining Path, melancarkan kempen gerila berdarah menentang kerajaan Peru di antara 1980 hingga 2000.

Pada keseluruhannya, kira-kira 70,000 orang terkorban dalam peperangan antara angkat tentera, kumpulan gerila Maoist itu dan sebuah lagi kumpulan pemberontak berhaluan kiri, Perge-rakan Revolusi Tupac Amaru (MRTA).

Morote dihukum kerana terorisme, dan pelepasannya yang diarahkan oleh mahkamah disambut dengan kemarahan oleh ahli politik di negara itu, termasuk Presiden Martin Vizcarra.

Morote ditangkap dan di-penjara pada 1988, ketika hukuman penjara maksimum adalah 25 tahun.

Bagaimanapun hukuman bagi kes terorisme menjadi lebih berat: apabila pemimpin utama Shining Path Abimael Guzman ditangkap pada 1992, dia dipenjara seumur hidup tanpa kemungkinan bagi parol.

Guzman, sekarang 83 tahun, sedang menjalani hukuman di penjara sebuah pangkalan tentera laut tidak jauh di luar Lima.

Morote sepatutnya dilepas-kan pada 2013, tetapi cabaran undang-undang mengekalkannya dalam penjara.

Dia berdepan dengan tiga kes terorisme lain yang – jika dia didapati bersalah – akan menghantarnya balik ke penjara.

Margot Liendo, seorang lagi bekas ketua Shining Path, juga akan dipindahkan ke tahanan rumah di bawah perintah mahkamah yang sama.

Hampir 5,000 bekas gerila Shining Path sudah dibebaskan dari penjara sejak 2001.

Kumpulan Shining Path menerima tamparan yang melumpuhkan apabila Guzman ditangkap pada 1992, diikuti beberapa ketua ter-tinggi lain.

Pada hari ini, sekumpulan pejuang yang umumnya sudah tidak wujud lagi masih bersembunyi di dalam hutan, sambil mengedar dadah. — AFP

Advertisement