Anda di sini

Korea Utara janji henti ujian nuklear, misil

Advertisement
 Orang berjalan melintasi monitor di tepi jalan menunjukkan pemimpin Korea Utara dalam laporan berita mengenai pengumuman negara itu untuk menghentikan ujian nuklear dan pelancaran misil, di Tokyo, Jepun semalam. — Gambar Reuters
BERITA BAIK: Orang berjalan melintasi monitor di tepi jalan menunjukkan pemimpin Korea Utara dalam laporan berita mengenai pengumuman negara itu untuk menghentikan ujian nuklear dan pelancaran misil, di Tokyo, Jepun semalam. — Gambar Reuters

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata beliau akan meng-hentikan ujian nuklear dan pelancaran misil antara benua, dalam pengumuman yang dibuat semalam dan dialu-alukan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum kedua-dua pemimpin me-ngadakan sidang kemuncak yang begitu dinanti-nanti-kan.

Deklarasi Pyongyang, yang sudah lama dituntut oleh Washington, dilihat sebagai langkah penting dalam tari-an diplomatik yang cepat di semenanjung Korea dan sekitarnya.

Ia diumumkan tidak sampai seminggu sebelum pemimpin Korea Utara itu berjumpa dengan Presiden Korea Se-latan Moon Jae-in untuk sidang kemuncak dalam Zon Bebas Tentera yang memisahkan semenanjung Korea, sebelum pertemuan yang dinanti-nantikan dengan Trump sendiri.

Namun Kim tidak memberi sebarang petunjuk bahawa Pyongyang mungkin bersedia untuk menyerahkan senjata nuklearnya, atau misilnya yang dapat sampai ke tanah besar AS.

Korea Utara berjaya membuat persenjataannya terma-suk membuat peledak nuklear kecil untuk memuatkannya di atas misil, kata Kim, dan oleh yang demikian “tiada ujian nuklear dan ujian tembakan roket balistik antara benua dan julat pertengahan yang perlu bagi DPRK se-karang”.

Maka itu tapak ujian nuklear di Korea Utara tidak lagi diperlukan, katanya kepada jawatankuasa pusat Parti Pekerja yang memerintah negara, menurut agensi berita rasmi KCNA.

Parti itu memutuskan pe-lancaran nuklear dan ICBM akan dihentikan bermula semalam – Korea Utara tidak melakukan sebarang pelanca-ran sejak November lalu – dan tapak ujian atom di Punggyeri akan dimansuhkan untuk “menjamin secara telus” penamatan ujian.

Dalam masa beberapa minit selepas laporan itu dikeluarkan, Trump menulis dalam Twitter: “Ini adalah berita yang sangat baik untuk Korea Utara dan dunia – kemajuan besar! Mengalu-alukan sidang kemuncak kita.”

Seoul juga mengalu-alukan pengumuman itu, dan menganggap ia “kemajuan bermakna” ke arah pemansuhan nuklear di semenanjung Korea.

Namun Kim tidak memberikan sebarang tanda bahawa beliau mungkin bersedia untuk menyerahkan apa yang beliau panggil “pedang berharga” Korea Utara, dan berkata pemilikan senjata nuklear adalah “jaminan kukuh bahawa keturunan kita dapat menikmati kehidupan yang lebih bermaruah dan gembira di dunia”.

Pyongyang telah mencapai kemajuan teknologi yang sangat pesat dalam program senjatanya di bawah Kim, yang menyaksikannya dikenakan sekatan yang semakin ketat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, AS, Kesatuan Eropah, Korea Selatan dan lain-lain.

Pada tahun lepas ia melancarkan pelancaran nuklear keenam, yang paling kuat setakat ini, manakala Kim dan Trump mengugut satu sama lain dengan peperangan dan hinaan peribadi manakala ketegangan meruncing.

Walaupun ujian dihentikan bagi jangka waktu yang lama, pegawai AS berkata ia tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberhentian tanpa kenya-taan jelas dari Pyongyang.

Utusan Korea Selatan sebelum ini pernah memetik Kim sebagai berjanji untuk tidak menjalankan sebarang ujian lagi, tetapi berita semalam adalah pengumuman pertama seumpamanya yang dibuat sendiri oleh Pyongyang.

Jepun – yang menyaksi-kan misil terbang di atas negaranya – memberikan pelbagai reaksi, dan Perdana Menteri Shinzo Abe menyam-but berita itu berhati-hati tetapi menteri pertananannya berkata Korea Utara tidak menyebut tentang misil julat pendek atau sederhana yang dapat sampai ke Tokyo.

Deklarasi rasmi tentang penamatan ujian dibuat selepas Kim menegaskan status nuklear Korea Utara dalam ucapannya sempena Tahun Baharu dan berkata beliau ada butang nuklear di atas mejanya – yang mendorong Trump untuk menulis dalam Twitter bahawa beliau mempunyai butang yang lebih besar.

Perkembangan telah berlaku dengan cepat sejak itu, dipacu oleh Olimpik Musim Salji di Korea Selatan, dan Seoul ini menuntut perjanjian damai untuk secara rasmi menamatkan Perang Korea, sekali gus mencerahkan harapan bahawa penyelesaian dapat akhirnya dicapai di semenanjung Korea. — AFP

Advertisement