Anda di sini

Jepun sambut baik janji Korea Utara, ikrar terus beri tekanan maksimum

Advertisement
 Abe (kanan) beramah mesra dengan kumpulan penyanyi K-pop ‘E-girls’ yang memakai         pakaian tradisional kimono semasa majlis menyaksikan bunga ceri mekar di taman Shinjuku Gyoen di Tokyo, Jepun semalam. — Gambar Reuters
CERIA: Abe (kanan) beramah mesra dengan kumpulan penyanyi K-pop ‘E-girls’ yang memakai pakaian tradisional kimono semasa majlis menyaksikan bunga ceri mekar di taman Shinjuku Gyoen di Tokyo, Jepun semalam. — Gambar Reuters

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe semalam menyambut baik janji Korea Utara untuk menghentikan ujian nuklear dan pelancaran misil antara benua namun menteri pertahanannya memberi amaran Tokyo akan terus memberikan tekanan maksimum terhadap Pyongyang.

“Kami menerima ia sebagai satu langkah maju ke depan... namun satu perkara penting adalah sama ada tindakan akan membawa kepada penghenti-an sepenuhnya pelancaran misil dan perkembangan nuklear dalam cara yang dapat disahkan dan tidak akan ditarik balik,” kata Abe.

“Kami mahu mengawasi-nya dengan lebih rapat.”

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un semalam berjanji negaranya akan menghentikan ujian nuklear dan pelancaran misil antara benua, satu tindakan yang disambut baik oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Korea Selatan.

Namun Menteri Perta-hanan Itsunori Onodera me-nyatakan sebelum itu bahawa Jepun “tidak akan berpuas hati”, kerana Pyongyang tidak menyebut telah menye-rahkan misil balistik jarak sederhana dan pendek.

Onodera berkata Tokyo akan bertegas dengan polisinya untuk memberikan teka-nan terhadap Pyongyang supaya ia menyerahkan sepenuhnya “senjata kemusnahan besar-besaran, senjata nuklear dan misilnya”.

Jepun, sekutu rapat AS di rantau itu, berada di garisan bedilan secara langsung bagi misil Korea Utara dan melihat dua telah terbang di atas wilayahnya pada 2017, mencetuskan kemarahan dan menimbulkan ketegangan yang menjejaskan keadaan.

Timbalan Perdana Menteri Jepun dan Menteri Kewangan Taro Aso turut menyuarakan rasa curiga.

“Korea Utara telah membuat banyak janji dan kami membayar wang dengan syarat mereka akan menyerahkan kawasan eksperimen, namun mereka tetap meneruskannya,” Aso memberitahu wartawan di Washington, me-rujuk kepada program nuklear Pyongyang.

Deklarasi Pyongyang, yang sudah lama dituntut oleh Washington, muncul kurang seminggu sebelum Kim me-nemui Presiden Korea Selatan Moon Jae-in di satu persida-ngan, sebelum pertemuan yang sangat dinanti-nantikan dengan Trump sendiri.

Pada awal minggu ini, Abe mengadakan rundingan dengan Trump di Florida dan menunjukkan barisan bersatu terhadap Korea Utara, termasuk mengenai isu rakyat Jepun yang diculik dan dibawa ke Korea Utara, satu isu domestik yang besar. — AFP

Advertisement