Anda di sini

Enam bakat baharu akan rakam lagu bersama MK Smokehouse

Advertisement
ANGELA
ANGELA
ESTER RYANN
ESTER RYANN
ROXANNE LEE
ROXANNE LEE
RAYMOND HO
RAYMOND HO
MECKLYEN
MECKLYEN
JEFT REGOS
JEFT REGOS

KUCHING: Industri muzik tempatan diwarnai dengan kemunculan bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.

Terbaru, beberapa bakat baru nyanyian berjaya dicungkil menerusi pertandingan nyanyian anjuran MK Smokehouse di sini.

Pengerusi pertandingan, Lee Ramos berkata sepuluh finalis berentap dalam pertandingan tersebut dengan enam daripadanya berjaya menambat penganjur bagi tajaan rakaman album penuh.

Menerusi tajaan ini, pihak MK Smokehouse menurut Lee  akan bekerjasama dengan Ranyai Studio dalam proses rakaman lagu dan album yang bakal dikeluarkan ini.

Buat masa ini katanya pihak pengurusan menurut Lee dalam proses perbincangan memilih lagu yang paling sesuai dengan vokal keenam-enam bakat baru ini.

Pengurus artis dan penyelaras persembahan MK Smokehouse, Sakura Diana Dewi berkata kesemua enam bakat baru ini bakal merakamkan lagu selepas perayaan Gawai Dayak, Jun ini.

Berpuas hati dengan kerjasama daripada semua bakat baru ini, Sakura Diana berharap peluang ini tidak disia-siakan oleh mereka.

Mengulas lebih lanjut mengenai album yang bakal dirakamkan ini, penerbitnya Isa Lee berkata ia akan menampilkan konsep kepelbagaian.

Antara lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album ini nanti ialah lagu Bidayuh yang akan dinyanyikan oleh penyanyi baru Jeft Regos.

Album ini juga akan menampilkan penyanyi baru Raymond Ho yang berbangsa kacukan Cina/Filipino selain penyanyi Iban.

“Kesemua artis yang terlibat dalam rakaman album baharu ini akan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Iban dan Bidayuh.

“Meskipun ada antara mereka dari kalangan Cina, tetapi kami yakin mereka mampu menyampaikan lagu Iban dengan baik,” katanya.

Pasukan penerbitan MK Smokehouse dalam pada itu berharap rakaman album ini akan berjaya dan mendapat sambutan daripada para peminat nanti.

Selain Jeft Regos dan Raymond Ho, empat lagi artis baru yang terlibat dalam rakaman album ini ialah Mecklyen Julih, Roxanne Lee, Ester Jeffry dan Angela Ryann.

  • oleh
  • Advertisement