Anda di sini

Dua ‘musuh’ tradisi bola sepak disatukan

Advertisement
 Fadillah menyempurnakan pelepasan peserta larian ‘Battle of The Reds Run 2018’ di Kuching semalam.
LEPAS: Fadillah menyempurnakan pelepasan peserta larian ‘Battle of The Reds Run 2018’ di Kuching semalam.

KUCHING: Atas semangat perpaduan yang tinggi, dua ‘musuh’ tradisi bola sepak Eropah berjaya disatukan dalam program larian.

‘Battle of The Reds Run 2018’ menyaksikan inisiatif yang bertujuan mengumpulkan penyokong-penyokong pasukan bola sepak Liverpool dan Manchester United di Bandaraya Kuching.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ternyata penyokong-penyokong kedua-dua pasukan dapat bersatu menerusi program yang dianjurkan itu.

“Kita tidak boleh mengatakan ‘Man United’ kerana lelaki tidak boleh bersama, tetapi di sini kita melihat Liverpool dan Manchester ‘are united’ (bersatu),” katanya.

Fadillah yang juga penyokong setia pasukan Liverpool berkata demikian dalam ucapan ringkas menyempurnakan pelepasan peserta larian di Dataran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Bukit Siol di sini semalam.

Program anjuran Knightscape Signature Resources itu merupakan edisi kedua selepas diadakan di Pasar raya Giant Samariang di sini.

Seramai 700 peserta mengambil bahagian pada program larian itu yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu 10 kilometer (km), 5km dan 3km.

Advertisement