Anda di sini

Demonstrasi memasak program ‘Pencernaan Minda’ di Saratok

Advertisement
 Rosmina (berdiri kiri) bersama fasilitator program, Rohani (berdiri, dua kiri) dan para peserta menunjukkan isyarat bagus tanda kejayaan program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Saratok itu.
TERBAIK: Rosmina (berdiri kiri) bersama fasilitator program, Rohani (berdiri, dua kiri) dan para peserta menunjukkan isyarat bagus tanda kejayaan program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Saratok itu.

PROGRAM demonstrasi memasak anjuran Jabatan Penerangan Daerah Saratok di pekarangan Masjid Kampung Kupang di Saratok mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Menurut jurucakap Jabatan Penerangan Daerah Saratok Rosmina Abang, aktiviti itu diadakan di bawah program ‘Pencernaan Minda’.

“Antara lain tujuannya adalah untuk mengasah kemahiran dan bakat penduduk kampung tidak kira lelaki atau perempuan dalam bidang memasak, di mana dalam masa yang sama boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan mereka,” katanya apabila ditemui pada penganjuran program itu baru-baru ini.

Hadir sama kedua-dua pembantu beliau, Ainie Elah dan Marcellus Andam.

Demonstrasi memasak tersebut dikendalikan Rohani Rajunie daripada Mama Bakery.

Rosmina menambah, dengan memperoleh pengetahuan daripada program itu, mereka akan dapat menghasilkan kek dan roti sendiri.

“Apabila mereka telah mahir membuat kek dan roti, mudah bagi mereka untuk menambah pendapatan keluarga.

“Oleh itu, setiap keuntungan yang diperolehi mungkin dapat digunakan untuk simpanan atau membeli keperluan rumah atau untuk tabung pendidikan anak-anak,” katanya.

Beliau turut berasa gembira kerana program yang dianjurkan itu bukan sahaja mendapat sambutan daripada golongan wanita, malah kaum lelaki turut mengambil bahagian.

Advertisement