Anda di sini

Bilik Gerakan PBB di PTM Selang Laut dilancar

Advertisement
 Dr Abdul Rahman melancarkan Bilik Gerakan PRU Ke-14 BN-PBB Zon Telaga Air di PTM Selang Laut di Kuching, malam kelmarin.
SIAP SEDIA: Dr Abdul Rahman melancarkan Bilik Gerakan PRU Ke-14 BN-PBB Zon Telaga Air di PTM Selang Laut di Kuching, malam kelmarin.

KUCHING: Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Barisan Nasional (BN) – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Telaga Air di Pusat Tempat Mengundi (PTM) Selang Laut dilancarkan malam kelmarin.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Dr Abdul Rahman dalam ucapannya, mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Jentera BN-PBB Zon Telaga Air kerana menunjukkan usaha dan komitmen untuk menjalankan kerja-kerja awal pilihan raya.

“Meskipun PRU belum bermula tetapi anggota kita telah pun bersiap siaga dengan awal bagi memastikan semua perancangan kita dalam menghadapi pilihan raya ini berjalan lancar.

“Atas sebab itu, saya ingin me-rakamkan penghargaan atas usaha kerja keras mereka bagi memasti-kan BN terus mencipta kejayaan cemerlang pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Beliau memberitahu, pada PRU kali ini, PBB Pantai Damai masih menggunakan cara dan kaedah serta strategi yang telah digunakan pada pilihan raya yang lalu.

Menurut Dr Abdul Rahman, tumpuan akan diberikan kepada peratusan dan jumlah pengundi turun mengundi.

“Kita tidak mahu pengundi dan penyokong kita berasa selesa se-hingga tidak mahu turun mengundi. Perkara ini akan merugikan jumlah undi yang sepatutnya memihak kepada kita

“Maka itu, semua jentera pada hari pembuangan undi akan bersatu tenaga dan mengerah jentera untuk memastikan sebanyak mungkin pengundi turun mengundi,” kata-nya sambil menambah DUN Pantai Damai mempunyai 17 PTM.

Advertisement