Anda di sini

Pentas akhir pencarian ikon wanita Melayu 2018 pada 28 April

Advertisement
 

PENCARIAN Wanita Melayu - Plaza Shah Alam (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu untuk bergelar Ikon Wanita 2018.

Keistimewaan penganjuran kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis ‘curvy’ untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu.

Menurut kenyataan, penyertaan secara dalam talian dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan.

Sesi uji bakat telah dijalankan yang mana mereka dinilai daripada sudut personaliti, kemahiran komunikasi dan bakat yang ditonjolkan.

Buat pertama kalinya sesi ‘mentoring’ diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih.

Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.

Pusingan akhir PWM2018 bakal berlangsung pada 28 April nanti. — Bernama

Advertisement