Anda di sini

MPS tukar MBS mula 1 Julai ini

PESERTA merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat selepas sesi  ceramah.
PESERTA merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat selepas sesi  ceramah.

KOTA KINABALU: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Sandakan (MBS) yang berkuatkuasa pada 1 Julai depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, proses menaik taraf berkenaan telah diputuskan oleh badan kabinet dalam satu meja bulat.

"Ada syarat tertentu yang ditetapkan sekiranya kita mahu menjadikan majlis perbandaran menjadi majlis bandaraya dan Sandakan telah memenuhi syarat itu.

"Justeru, dengan menaiktaraf ini, mereka akan memberi perkhidmatan lebih baik lagi kepada rakyat di sana," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Pihak Berkuasa Tempatan :Tadbir Urus Baik anjuran Majlis Profesor Negara Chapter UMS' siri keempat, di sini pagi tadi.