Anda di sini

Komponen Pakatan Harapan guna logo sendiri

CHAN (dua kiri) dan Penasihat DAP Sabah Jimmy Wong (dua kanan) bertukar kerusi antara Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong pada PRU14 atas arahan kepimpinan DAP pusat.
CHAN (dua kiri) dan Penasihat DAP Sabah Jimmy Wong (dua kanan) bertukar kerusi antara Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong pada PRU14 atas arahan kepimpinan DAP pusat.

TAWAU: Empat parti komponen Pakatan Harapan di Sabah, DAP, PKR, Amanah dan Warisan akan menggunakan logo masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin berkata, gabungan dengan parti-parti tempatan lain pula tidak dapat diteruskan kerana berbeza ideologi dan matlamat perjuangan politik.

“Persoalan jika perbezaan logo parti-parti komponen Pakatan Harapan di Sabah akan memecahkan undi (akibat kekeliruan pengundi), tidak timbul langsung,” katanya.

Chan yang ditanya pemberita pada sidang media di sini, pada Ahad, berkata pihaknya juga sudah sepakat untuk memastikan tidak ada pertembungan sesama sendiri berlaku.

Menurutnya, PRU14 juga menyaksikan gabungan Pakatan Harapan melakar sejarah baharu kerana buat pertama kalinya bekerjasama dengan parti tempatan (Warisan).