Anda di sini

Bangun sistem solar terapung di empangan sebagai tenaga alternatif - Abang Jo

Advertisement
Abang Johari menandatangani plak sempena majlis perasmian LONGi (Kuching) Sdn Bhd sambil disaksikan (dari kiri) Awang Tengah, Talip dan Pengerusi LONGi, Zhong Boashen (kanan).
Abang Johari menandatangani plak sempena majlis perasmian LONGi (Kuching) Sdn Bhd sambil disaksikan (dari kiri) Awang Tengah, Talip dan Pengerusi LONGi, Zhong Boashen (kanan).

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mencadangkan agar LONGi (Sarawak) Sdn Bhd membangunkan sistem solar terapung di empangan hidroelektrik di negeri ini untuk menjana tenaga elektrik alternatif .

"Saya ingin mencadangkan kepada LONGi agar membangunkan sistem solar terapung di Empangan Hidro Elektrik Bakun untuk menghasilkan tenaga elektrik kedua daripada tenaga solar. 

"Bakun menghasilkan tenaga elektrik menggunakan kuasa turbin  dan LONGi, pengeluar panel solar utama di wilayah ini, boleh menghasilkan tenaga elektrik menerusi fotovoltan (PV) bersepadu yang dikeluarkan di kilangnya di sini, " katanya ketika berucap merasmikan LONGi (Kuching) Sdn Bhd di Taman Teknologi Tinggi Samajaya, di sini hari ini. 

Abang Johari percaya konsep yang dicadangkan itu akan dapat diteruskan sambil memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga kepada masyarakat luar bandar.

Menurutnya, ekonomi negeri akan berubah sekiranya inisiatif yang dicadangkan ini berjaya dilaksanakan. 

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Utiliti Dato Sri StepDr hen Rundi Utom;  Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian; Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
 

  • oleh
  • Advertisement