Anda di sini

Anak Badak tersungkur

Advertisement

KOTA KINABALU: Anak Badak tersungkur dalam saingan Liga Kumpulan A, Piala Belia 2018 di Kompleks Sukan PKNS, Selangor pada Ahad.

Dua jaringan Mohamad Asryaf masing-masing dalam minit ke-39 dan ke-58 memaksa pasukan 19 tahun ke bawah negeri ini akur dengan kehebatan pasukan Bawah 19 Tahun PKNS FC.

Kekalahan itu memaksa Sabah turun satu anak tangga ke kedudukan keempat dari jumlah 11 pasukan yang bersaing dalam kumpulan itu selepas mengumpul 14 mata menerusi rekod empat kemenangan, dua kali seri dan dua kali kalah.

Kejayaan PKNS membolehkan mereka menggantikan Sabah di kedudukan ketiga menerusi kelebihan jaringan.

Terengganu FC IV, satu-satunya pasukan yang belum pernah tewas kekal di persada liga dengan 18 mata diikuti Kuala Lumpur dengan 15 mata.

Pasukan remaja negeri ini akan meneruskan aksi mementang Terengganu FC IV di Stadium Penampang pada 18 April.

  • oleh
  • Advertisement