Anda di sini

2,000 belia meriahkan Jelajah Milenia Sarawak di Kuching

Advertisement
 Fazzrudin melakukan simbolik perasmian Program Jelajah Milenia Negeri Sarawak di Kuching, baru-baru ini.
RASMI: Fazzrudin melakukan simbolik perasmian Program Jelajah Milenia Negeri Sarawak di Kuching, baru-baru ini.

PROGRAM Jelajah Milenia di Sarawak berlangsung meriah dengan dihadiri seramai 2,000 belia yang membanjiri Plaza Merdeka di Kuching, baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman bagi mewakili Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Jelajah tersebut merupakan program inisiatif khas yang digerakkan di peringkat nasional untuk generasi pewaris negara yang berumur 10 hingga 30 tahun.

Program jelajah ini merangkumi siri penjelajahan ke seluruh negeri yang menyasarkan golongan pelajar, mahasiswa, pemimpin negara serta ibu bapa.

Sarawak menjadi destinasi ketujuh penganjuran siri Jelajah Milenia selepas Perlis, Johor, Pahang, Melaka dan Putrajaya.

Tujuan program ini ialah untuk mendekati anak muda generasi milenia pelbagai bangsa supaya mereka dapat memahami dasar negara ke arah membangunkan sebuah negara yang progresif.

 Sebahagian daripada aktiviti yang diadakan pada Program Jelajah Milenia Negeri Sarawak.
PENGISIAN JELAJAH: Sebahagian daripada aktiviti yang diadakan pada Program Jelajah Milenia Negeri Sarawak.

Ia juga diadakan bagi mendengar pandangan, cadangan serta maklum balas penambahbaikan ke atas semua inisiatif kerajaan bagi mempersiapkan anak muda menuju Malaysia Alaf Baharu 2050.

Pelbagai aktiviti diadakan  pada jelajah itu termasuk ‘Big Walk Milenia’, Dialog Milenia, Forum Milenia serta pameran tentang pembangunan terkini di negara ini.

Hadir sama, Setiausaha Jelajah Milenia Muhammad Syukri Ibrahim.

  • oleh
  • Advertisement