Anda di sini

Cederakan abang ipar, lelaki dipenjara

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki warga emas terkejut apabila kepulangannya selesai membeli barang ‘disambut’ seekor ular yang tiba-tiba keluar dari tepi tong sampah di depan rumahnya di Desa Murni, Bandar Baharu Permyjaya di sini, malam kelmarin.

Sejurus melihat kehadiran ular itu, lelaki berusia 70 tahun itu kemudian meminta anaknya menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri untuk mendapatkan bantuan menangkap ular tersebut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kes itu daripada pengadu pada jam 8.51 malam.

“Tiga anggota APM diketuai Prebet (PA) Mariani Eddy bergegas ke rumah pengadu dalam operasi menangkap ular tersebut.

“Anggota APM berjaya menangkap ular sawa ripong itu walaupun pada mulanya ular itu cuba mengelak daripada ditangkap,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Hazle Shah berkata, ular sawa ripong yang ditangkap itu sepanjang kira-kira satu meter dan seberat lebih enam kilogram.

“Ular yang berjaya ditangkap itu kemudiannya dibawa ke PKOD Miri untuk disimpan di dalam sangkar yang telah disediakan,” katanya.

Advertisement