Anda di sini

ISYNERGY diiktiraf Malaysia Book Of Records

Advertisement
 Lawrence Teo (dua, kanan) menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) daripada Pengarah Pembangunan Perniagaan MBOR Gillian Ooi (tengah) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-10 Affilate Junction (AJ) semalam. — Gambar Bernama
CATAT REKOD: Lawrence Teo (dua, kanan) menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) daripada Pengarah Pembangunan Perniagaan MBOR Gillian Ooi (tengah) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-10 Affilate Junction (AJ) semalam. — Gambar Bernama

GENTING HIGHLANDS: I Synergy Group Limited (iSYNERGY) melakar sejarah apabila mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai syarikat pemasaran afiliasi pertama di Malaysia memperoleh MS 1000:2014 sistem pengurusan kualiti berasaskan syariah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iSYNERGY Datuk Lawrence Teo berkata pengiktirafan yang diterima syarikat adalah bukti kerja keras, ketekunan dan dedikasi syarikatnya dalam menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

“Kami merasa bangga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Book of Records dengan kejayaan iSYNERGY ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun  ke-10 Affiliate Junction dan anugerah usahawan cemerlang 2017/2018 di Arena Of Stars, di sini, Sabtu lepas.

Mengenai sijil patuh syariah yang diterima pada 12 Jan lepas, Teo berkata syarikat menjadi patuh Syariah kerana penggerak utama di dalam syarikat berkenaan adalah mereka yang beragama Islam.

“Kami mahu memastikan bahawa apa-apa bentuk hasil yang diperoleh oleh dasar gabungan kami dari platform Affiliate Junction (AJ) dan programnya adalah dibenarkan dalam Islam (Halal).

“Selain itu, ia bagi menghapuskan sebarang keraguan tentang model perniagaan kami dalam perspektif Islam, kami perlu memastikan bahawa model perniagaan dan operasi kami sejajar dengan peraturan syariah,” katanya.

Bagi mendapatkan sijil itu, beliau berkata, syarikat telah melalui proses audit yang intensif  untuk memastikan operasi perniagaan memenuhi piawaian Syariah yang tinggi.

“Menjadi organisasi yang mematuhi syariah adalah satu pencapaian penting bagi kami kerana memastikan platform perniagaan kami mengekalkan operasi dan produk yang baik. Serta, akan terus memberikan kualiti yang cemerlang kepada  semua pemegang kepentingan kami,” katanya. — Bernama

Advertisement