Anda di sini

ECRL bukan projek membazir, beri manfaat jangka panjang kepada negara dan rakyat

Advertisement
 Adnan (tengah) beramah mesra dengan sebahagian anggota polis semasa hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga PDRM Negeri Pahang di Kompleks Logistik dan Perumahan PDRM Alor Akar, di Kuantan semalam. — Gambar Bernama
ERAT SILATURAHIM: Adnan (tengah) beramah mesra dengan sebahagian anggota polis semasa hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga PDRM Negeri Pahang di Kompleks Logistik dan Perumahan PDRM Alor Akar, di Kuantan semalam. — Gambar Bernama

KUANTAN: Pelaksanaan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bukan pembaziran kerana ia akan memberi manfaat jangka panjang kepada negara dan rakyat khususnya di Pantai Timur.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembinaan ECRL juga akan memajukan Pahang, Kelantan dan Terengganu kerana memudahkan hubungan de-ngan negeri-negeri di Pantai Barat.

Sehubungan itu, kata-nya, rakyat tidak harus terpengaruh dengan dakwaan kononnya kedaulatan negara terancam ekoran ECRL dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan China.

“Projek ECRL dan projek mega lain seperti Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dilaksanakan untuk manfaat rakyat. Negara kita dapat pelaburan dan mereka (China) juga mendapat faedah daripada pelaburan mereka.

“Mengapa (kita) pilih China? Kerana negara itu merupakan rakan dagang utama negara. Jika China tidak membeli dagangan kita, kita akan rugi. Untuk projek berimpak tinggi, pasti ada kepentingan bersama yang akan dicapai,” katanya.

Adnan berkata demikian kepada pemberita selepes mengadakan Lawatan Kerja dan Majlis Ramah Mesra bersama Warta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Peringatan Hari Polis ke-211 di Kompleks Perumahan Polis Alor Akar di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman, Timbalannya Datuk Jamaludin Kudin, barisan Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri dan 1,300 pegawai dan anggota polis di Pahang.

Adnan berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata pihaknya akan mempertimbang untuk meng-hentikan projek ECRL jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Dr Mahathir didakwa berkata demikian kerana beranggapan projek yang bernilai RM55 bilion itu suatu pembaziran kerana tiada keperluan yang disediakan kepada rakyat.

Adnan berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai projek berimpak tinggi sejak daripada zaman perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan diteruskan perdana menteri seterusnya.

Dalam perkembangan lain, Adnan menyifatkan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung satukenaikan gaji tahunan gaji penjawat awam sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kira-kira 1.6 juta penjawat awam. — Bernama

Advertisement