Anda di sini

Penduduk Sacramento protes ‘kekejaman’ polis

Advertisement
 Penunjuk perasaan Black Lives Matter berarak ketika membantah polis menembak mati lelaki kulit hitam tidak bersenjata di Sacramento, California kelmarin. — Gambar AFP
SUARAKAN KEMARAHAN: Penunjuk perasaan Black Lives Matter berarak ketika membantah polis menembak mati lelaki kulit hitam tidak bersenjata di Sacramento, California kelmarin. — Gambar AFP

SACRAMENTO: Rakaman video yang baharu dikeluarkan menunjukkan polis membunuh seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata dalam tembakan bertalu-talu di Sacramento, California, telah menyebabkan datuk bandar “terperanjat” dan mencetuskan bantahan jalanan kelmarin yang mengganggu lalu lintas di bandar utama negeri itu selama beberapa jam.

Polis berkata video tersebut, dirakamkan oleh kamera badan yang dipakai oleh anggota polis terlibat dalam konfrontasi malam Ahad, menunjukkan mangsa, Stephon Clark, 22, memegang satu objek yang kemudian didapati adalah telefon bimbit ketika beliau ditembak sebanyak 20 das.

Video dikeluarkan oleh pihak polis pada lewat Rabu lepas dan ia kemudian ditular dalam Internet.

Kejadian tembakan Ahad lepas adalah yang terbaharu dalam satu siri pembunuhan lelaki kulit hitam tidak bersenjata oleh polis di sekitar Amerika Syarikat (AS) sejak 2014  yang menimbulkan perdebatan negara mengenai ketidakadilan perkauman dalam sistem kehakiman jenayah dan penggunaan kekerasan.

Lebih 200 penunjuk pera-saan berkumpul kelmarin bagi mengecam kejadian tembakan dalam protes yang dianjur oleh pergerakan Black Lives Matter.

Protes itu teratur dan polis membenarkan sekumpulan penunjuk perasaan berarak ke arah Interstate 5  sewaktu kemuncak waktu sesak komuter ketika mereka telah menghalang  semua laluan ke selatan.

Trafik telah kembali berfungsi di lebuh raya, dan sepanjang sebahagian besar dari kawasan luar bandar, selama beberapa jam.

Orang ramai kemudian berarak ke bangunan utama negara sebelum tertumpu di luar arena bola keranjang Golden 1 Center, menghalang ramai peminat yang mahu menyaksikan perlawanan antara Sacramento Kings dan Atlanta Hawks dari memasuki kawasan tersebut.

Pasukan Kings kemudian mengeluarkan satu kenyataan meminta peminat agar pulang ke rumah dan menjanjikan bayaran ganti rugi bagi tiket mereka.

Beberapa jam sebelum itu, Datuk Bandar Darrell Steinberg memberitahu wartawan beliau tergamam dengan rakaman kejadian tembakan.

“Seperti kebanyakan orang yang berperasaan, saya berasa ngeri dengan kematian seorang pemuda Sacramento yang kami kemudian dapat tahu mempunyai dua anak,” Steinberg memberitahu sidang media. “Apakah reaksi saya? Ia adalah sangat teruk.”

Penunjuk perasaan berarak ke dalam Dewan Bandaraya pada hari itu sambil menjerit “ia adalah sebuah telefon, bukannya senjata” dan me-nuntut untuk menemui ketua polis.

“Saya mempunyai empat cucu yang masih bayi ber-kulit hitam dan saya tidak mahu mereka diambil,” kata penunjuk perasaan Tami Collins, 47, yang berkulit putih.

Polis Sacramento berkata kejadian tembakan bermula dari satu  laporan mengenai seseorang telah memecahkan cermin kereta di sebuah kawasan kediaman di mana  polis kemudian menemui tiga kenderaan rosak.

Polis berkata suspek turut dilihat dari helikopter telah memecahkan pintu kaca sebuah rumah sebelum melompat pagar ke halaman rumah sebelah.

Video daripada kamera badan polis menunjukkan dua anggota polis mengejar Clark melalui keadaan gelap dengan menggunakan lampu suluh mereka dan membelok ke selekoh sebuah rumah untuk menahannya di bahagian belakang rumah, menjerit: “Tunjukkan saya tangan kamu” dan “senjata” sebelum mereka melepaskan tembakan.

Anggota polis telah melihat Clark “bergerak ke depan dengan tangannya diangkat ke depan dan memegang satu objek,” yang mereka tersalah anggap sebagai selaras senjata, kata pihak polis.

Anggota polis itu me-nunggu selama lima minit selepas tembakan sehingga pasukan bantuan tiba sebelum mendekati Clark bagi membantunya, menurut polis.

Kejadian berlaku di belakang rumah datuk dan nenek Clark, di mana beliau tinggal, lapor akhbar  Sacramento Bee, yang bercakap dengan ahli keluarganya.

Pendakwa raya Sacramen-to sedang menyiasat insiden itu. — Reuters

Advertisement