Anda di sini

Kanak-kanak lemas ketika memancing

Advertisement
 Operasi mencari sedang giat dijalankan anggota bomba
Operasi mencari sedang giat dijalankan anggota bomba

MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas ketika memancing di sebatang anak sungai berdekatan Lorong Mulia 5, Kampung Tudan Fasa 2, di sini petang tadi. 

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang tadi ketika mangsa yang berusia 8 tahun sedang memancing bersama empat lagi saudaranya. 

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat. 

Setakat ini anggota bomba belum menemui mangsa yang tenggelam dan usaha mencari sedang giat dijalankan.

  • oleh
  • Advertisement