Anda di sini

Hujan lebat tidak halang Fadillah turun padang

Advertisement
Fadillah ( berdiri lapan kanan) merakamkan gambar bersama penduduk KRT Rasmaja, Taman Matang Jaya 3 selesai sukaneka pagi tadi.
Fadillah ( berdiri lapan kanan) merakamkan gambar bersama penduduk KRT Rasmaja, Taman Matang Jaya 3 selesai sukaneka pagi tadi.

KUCHING: Hujan lebat tidak menghalang Menteri Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof untuk turun padang bersama penduduk dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rasmaja, Taman Matang Jaya 3 di sini, pagi tadi. 

Malah Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya meluangkan masa hampir satu jam bersama warga KRT Rasmaja dalam program sukaneka sempena cuti sekolah yang dianjurkan oleh KRT tersebut buat julung kalinya. 

Dalam ucapan ringkasnya, Fadillah berkata KRT memainkan peranan penting untuk mempupuk semangat kejiranan antara penduduk dalam kawasan taman ini. 

Justeru katanya beliau menyokong penganjuran program seperti ini yang melibatkan penyertaan semua penduduk tanpa mengira usia dan juga latar belakang. 

“Selain program sukaneka kita juga menggalakkan penganjuran program-program lain seperti motivasi dan juga keagamaan bagi mempersiapkan masyarakat berhadapan dengan cabaran depan,” katanya. 

Beliau turut menyatakan komitmen akan menyokong semua program yang akan dianjurkan oleh KRT ini ke arah pembangunan penduduk dalam kawasan ini. 

Dalam pada itu, KRT Rasmaja baru diwujudkan pada April tahun lepas, dengan 49 peratus daripada penduduk di taman ini adalah Bumiputera. 

Antara aktiviti sukaneka yang diadakan pagi tadi meskipun dibasahi hujan, pertandingan lari ikat kaki berpasangan, lumba basikal paling perlahan, isi air dalam botol guna span, kerusi muzikal, boling kelapa dan lain-lain. 

  • oleh
  • Advertisement