Anda di sini

Golongan belia digesa rebut peluang dalam bidang teknikal

Advertisement
Talib menyampaikan amanatnya. 

BINTULU: Golongan belia perlu merebut peluang untuk memahirkan diri dalam bidang teknikal bagi memenuhi keperluan sektor pekerjaaan, selaras dengan perkembangan sektor perindustrian yang berkembang pesat di bahagian ini. 

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip berkata, mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal berpeluang besar untuk mengisi kekosongan kerja berkaitan yang ditawarkan dengan gaji tinggi.

Katanya, kemahiran dalam bidang teknikal mempelihatkan ia membawa keuntungan dan masa depan cerah kepada mereka yang mahir dalam sektor pekerjaan terbabit. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam lawatan ke Program Taklimat Kursus Teknikal anjuran Biro Warisan Pendidikan Badan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Vaie Bintulu (BAWARIS) bersama Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti (PBB) dengan kerjasama Harina Consultancy Services di Harina Consultancy Service Training Centre, Parkcity Commerce Square di Jalan Kambar Bubin hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak itu berkata, individu mahir dalam bidang teknikal bukan sahaja cepat mendapat kerja bahkan menerima gaji yang lumayan.

Justeru, beliau menyeru agar golongan beliau memilih kursus teknikal yang bersesuaian dengan diri dalam memastikan kebolehpasaran mereka.

Hadir sama, isterinya Datin Dr Zaliha Abdullah. Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Harina Consultancy Service Training Centre, Kapten (B) Narayanan Kannan dan Pengerusi BAWARIS Kairulnieza Waynie.
 

  • oleh
  • Advertisement