Anda di sini

AS gugur dakwaan 11 pengawal peribadi Erdogan serang penunjuk perasaan

Advertisement

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggugurkan secara senyap-senyap dakwaan serangan terhadap 11 pengawal peribadi Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang terlibat dalam menye-rang penunjuk perasaan di Washington pada tahun lepas.

Mahkamah Agung di Washington mengesahkan kelmarin bahawa dakwaan terhadap empat orang telah digugurkan pada November lepas dan seramai tujuh lagi pada 14 Februari.

Tiada sebab diberikan bagi keputusan pendakwa raya kerajaan untuk mendapatkan pengguguran kes tersebut.

Namun seorang pegawai dengan pengetahuan rapat mengenai kes itu berkata: “Keputusan telah dibuat atas sebab-sebab jelas,” mencadangkan terdapat persoalan mengenai pengenalpastian mereka yang terlibat dalam kejadian 16 Mei, 2017.

Seramai 19 anggota pasukan keselamatan Erdogan telah disabitkan bagi serangan waktu siang di depan kediaman duta Turki, yang berlaku ketika Erdogan berada di Washington untuk menemui Presiden Donald Trump.

Dua daripada mereka adalah rakyat AS, yang mengaku bersalah pada Disember ke atas dakwaan serangan. Dua adalah rakyat Kanada, yang telah didakwa namun tidak ditangkap.

Seramai 15 lagi adalah rakyat Turki yang merupakan sebahagian daripada rombongan Erdogan dan terlibat dalam serangan, yang melihat penunjuk perasaan secara aman ditendang dan dipukul oleh pasukan keselamatan Turki.

Beberapa orang telah dihantar ke hospital bagi kece-deraan serius.

Sebahagan besar serangan telah dirakamkan oleh orang awam, dan polis telah me-ngenal pasti suspek melalui rakaman video.

Pertuduhan telah menghangatkan keadaan bagi hubungan yang sememang-nya sedang tegang antara kedua-dua negara, dengan Erdogan menyatakan kes itu satu “tunjuk perasaan yang mencetuskan skandal tentang bagaimana kehakiman Amerika berfungsi.”

Sementara AS membekukan perjanjian menjual senjata kecil bernilai $1.2 juta kepada unit pengawal peribadi pre-siden Turki.

Menurut mahkamah Wa-shington, dakwaan telah digugurkan terhadap 11 daripada 15 pengawal peribadi Turki, sementara empat lagi masih di bawah pertuduhan.

Kumpulan pertama dalam kes yang digugurkan muncul pada petang kunjungan ke Washington oleh Perdana Menteri Turki Binali Yildirim pada November lepas.

Kumpulan kedua pula muncul sehari sebelum Setiausaha Negara Rex Tiller-son menemui Erdogan di Ankara. — AFP

Advertisement