Anda di sini

APMM tahan nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Advertisement
Kapal nelayan Vietnam yang ditahan bersama krunya diiring oleh kapal APMM (kanan) ke Pelabuhan Bintulu untuk siasatan lanjut.
Kapal nelayan Vietnam yang ditahan bersama krunya diiring oleh kapal APMM (kanan) ke Pelabuhan Bintulu untuk siasatan lanjut.

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah kapal bersama 32 kru warganegara Vietnam yang disyaki menangkap ikan tanpa kebenaran dalam kawasan perairan Malaysia pada dua kejadian berasingan, 20 Mac lalu. 

Pengarah Maritim Daerah Bintulu, Komander Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, kedua-dua kapal itu masing-masing ditahan pada jam 11.30 pagi dan 1 petang di lokasi lebih kurang 140 batu nautika dari Bintulu. 

Dalam Op Permai 01/06 yang dijalankan itu katanya, lebih kurang jam 11 pagi 20 Mac lalu, kapal maritim KM Cekal mengesan bot kargo tersebut seterusnya melakukan pemeriksaan ke atas kedua-dua bot tersebut.

 "Setelah diperiksa, kesemua kru bot nelayan berkenaan gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah selain tidak memiliki kebenaran bertulis untuk berada di dalam perairan Malaysia daripada Jabatan Perikanan Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata, jumlah rampasan bagi kedua-dua bot dianggarkan lebih kurang RM2 juta termasuk peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan ikan pelbagai jenis.

 "Bot dan kru nelayan terbabit telah diiringi ke Pelabuhan Bintulu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," tambahnya.

  • oleh
  • Advertisement