Anda di sini

Malcom tepati ramalan juara golf Terbuka Amatur Remaja Sarawak

Advertisement
 Malcom (dua kiri) dan Zulaikah (tiga kanan) bergambar kenangan bersama Edwin (tiga kiri), Roslan (dua kanan) dan Sahary (kiri) selepas majlis penyampaian hadiah.
TAHNIAH: Malcom (dua kiri) dan Zulaikah (tiga kanan) bergambar kenangan bersama Edwin (tiga kiri), Roslan (dua kanan) dan Sahary (kiri) selepas majlis penyampaian hadiah.

KUCHING: Pemain remajakelahiran Miri, MalcomTing menepati ramalanapabila berjaya menjulangkejuaraan Kejohanan GolfTerbuka Amatur RemajaSarawak 2018 yang berakhirdi Damai Golf and CountryClub (DGCC) semalam.

Malcom merangkul gelaranjuara keseluruhan selepasmerekod skor 225 selama tigahari kejohanan.

Beliau turut mengunggulikategori Remaja LelakiA manakala Giannino FooChee Ming di tempat keduadengan skor 246 (OCB) danAhmad Adib Ridhwan tempatketiga.

Turut mencuri tumpuan,pemain berusia 15 tahun,Zulaikah Nurziana Nasseryang mendominasi kategoriPerempuan A sejak dari haripertama.

Zulaikah memastikan kejuaraanmenjadi miliknyadengan kutipan skor 221.

Kejayaan itu juga membolehkanbeliau dinobatkanjuara keseluruhan dalamkategori perempuan meskipundicabar sengit NoorArina Ibrahim dan NicoleWong Yen Ping yang masingmasingmenduduki tempatkedua dan ketiga.

Dalam persiangan kategoriRemaja Lelaki (Special),Aziel Teo memecut pada hariterakhir untuk mengumpul232 skor sekali gus bergelarjohan.

Steven Hii dengan skor 234di tempat kedua manakalaMohd Amirul Fadhlan berpuashati di tempat ketiga.

Aksi Remaja Lelaki B pulamenyaksikan Derrick Kongmuncul pemenang denganskor 254, Elden Sim tempatkedua dengan skor 256 danWesley Chai tempat ketiga.

Saxen Hii Shang Yao pulacemerlang dengan menjuaraikategori Remaja Lelaki Cselepas meraih 231 skormanakala Kulleh Tajangyang mengutip 281 skormuncul juara kategori RemajaLelaki D.

Dalam kategori PerempuanC, Mirabel Ting ErnHui berjaya mengekalkanrentak cemerlang sekali gusmuncul juara dengan kutipanskor 222.

Beliau mengatasi RaniaRafify di tempat kedua denganskor 271 disusuli HoXunyi tempat ketiga.

Persaingan kategori PerempuanB tidak kurangmenarik dengan Angel Hiimencetak kemenangan bergayaselepas mengumpulskor 238.

Angeline Jerembai Ong ditempat kedua dengan 271skor dan Amber Tho Eu Meitempat ketiga.

Timbalan Pengurus BesarPerbadanan PembangunanEkonomi Sarawak(SEDC), Edwin Abit menyampaikanhadiah bagimewakili Pengerusi SEDC,Tan Sri Datuk Amar AbdulAziz Husain.

Turut hadir SetiausahaPersatuan Golf Sarawak(SGA), Sahary Alias.

Pengurus Besar DGCC,Roslan Mohd Salleh melahirkanrasa puas hati denganperjalanan penganjuran kejohananselama tiga hari itumeskipun hujan lebat sedikitmengganggu perlawananakhir pagi semalam.

Advertisement