Anda di sini

Dua rakyat Jordan rancang serang kedutaan asing dipenjara 10 tahun

Advertisement

AMMAN: Dua rakyat Jordan kelmarin dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dengan kerja berat kerana merancang serangan terhadap kedutaan Rusia, Iran dan Israel di Amman.

Mahkamah keselamatan negara Jordan mensabitkan dua lelaki kerana membuat bahan letupan dan merancang serangan bagi pihak “sebuah kumpulan pengganas”.

Dalam dokumen dakwaan yang dilihat AFP, kedua-duanya dituduh anggota kumpulan Negara Islam (IS) dan merancang untuk melakukan serangan bom pada 2016 terhadap kedutaan Rusia, Iran dan Israel di Amman. Mereka ditangkap pada Mac 2016.

Satu serangan bom nekad pada Jun tahun itu, yang diakui IS berhampiran pos pe-meriksaan sempadan dengan Syria yang dilanda perang, mengorbankan tujuh anggota tentera Jordan. — AFP

Advertisement