Anda di sini

Dadah masih terkawal di Sarawak

Advertisement
Karim bersama jawatankuasa Pemadam pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.
Karim bersama jawatankuasa Pemadam pada sidang media di sini, hari ini.

KUCHING: Penyalahgunaan dadah di Sarawak masih terkawal walaupun mempunyai sempadan darat dan perairan begitu luas, yang memudahkan kegiatan penyeludupan masuk bahan terlarang itu ke negeri ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak Datuk Abdul Karim Rahmah Hamzah, ia jelas apabila Sarawak kekal berada dalam kedudukan tiga terbawah dari segi masalah penyalahgunaan dadah di seluruh negara.

“Sudah belasan tahun kita sentiasa di bawah dan ini adalah sesuatu yang membanggakan walaupun berhadapan ancaman dan risiko penyeludupan masuk dadah melalui jalan tikus di sempadan yang begitu luas.

“Ini menunjukkan keberkesanan dalam program kesedaran khususnya terhadap belia kita agar tidak terjerumus dengan dadah, misalnya menerusi ceramah, motivasi termasuk kegiatan sukan dan riadah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemadam di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Namun demikian, Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan menegaskan kerajaan negeri akan terus memastikan sempadan negeri dikawal dengan ketat bagi mengekang kegiatan penyeludupan dadah.

Beliau menambah tumpuan akan diberikan di bahagian utara iaitu di Limbang, Lawas, Miri dan Bintulu yang didapati agak mudah mudah dibolosi.

  • oleh
  • Advertisement