Anda di sini

Protes pro-Kurdis bertukar ganas

Advertisement

Tempur polis di lapangan terbang Jerman, tutup dua stesen kereta api di Britain

 Polis berkawal di hadapan penunjuk perasaan yang membawa plakad menunjukkan mayat dan tulisan ‘Turki mengebom orang awam’ di lapangan terbang Duesseldorf kelmarin. — Gambar AFP
KECOH: Polis berkawal di hadapan penunjuk perasaan yang membawa plakad menunjukkan mayat dan tulisan ‘Turki mengebom orang awam’ di lapangan terbang Duesseldorf kelmarin. — Gambar AFP

BERLIN: Penunjuk perasaan pro-Kurdis mengadakan bantahan terhadap operasi ketenteraan Turki di utara Syria kelmarin bertempur dengan anggota polis Turki dan Jerman di lapangan terbang Duesseldorf, sementara di Britain mereka menutup buat sementara waktu dua stesen kereta api, menurut pihak berkuasa.

Beberapa orang di Jerman mengalami kecederaan selepas polis menggunakan penyembur lada terhadap beberapa penunjuk perasaan yang menentang operasi ketenteraan ‘Olive Branch’ oleh Turki terhadap Unit Perlin-dungan Rakyat Kurdis (YPG) di wilayah Afrin di Syria.

Rali yang tidak diumumkan melibatkan 150 orang – salah satu tunjuk perasaan Kurdis di Jerman pada hujung minggu – bertukar menjadi ganas dan membawa kepada “beberapa orang mengalami kecederaan”, polis persekutuan memberitahu AFP.

Imej dalam media sosial menunjukkan penunjuk pera-saan memegang sehelai kain rentang yang bertulis “Afrin telah menjadi Vietnam kami – Kami akan menewaskan fasisme.”

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah meng-ancam untuk “menghalau” keluar militia Kurdis dari pekan Afrin ketika pasukan tentera dan pemberontak Syria yang bersekutu dengannya bergerak masuk dalam beberapa kilometer.

Semalam di Britain penunjuk perasaan pro-Kurdis yang melambaikan bendera telah memaksa penutupan stesen kereta api Manchester Piccadilly dan stesen King’s Cross di London.

Di ibu negara polis Britain telah berkumpul di pintu masuk stesen bagi menghalang orang ramai berarak menuju ke kawasan atau platform, menyebabkan beberapa gangguan perkhidmatan.

Sementara itu di Manchester beberapa penunjuk pe-rasaan berjaya sampai hingga ke atas landasan, menutup stesen selama beberapa jam yang menyebabkan kereta api dihentikan dan menjejaskan perjalanan orang ramai.

Pesuruhjaya Mark Cleland dari Polis Pengangkutan Bri-tain berkata: “Mereka yang terlibat dalam insiden pada tengah hari ini akan diarahkan bagi siasatan penuh dengan kemungkinan akan ditangkap dan didakwa”. — AFP

Advertisement