Anda di sini

Pesaing remaja menyerlah di Elopura Fights II di Sandakan

Advertisement
KAWAN DI LUAR GELANGGANG: Boy Prata (kiri) bersama lawan beliau, Fared pamer semangat kesukanan yang tinggi.
 Boy Prata (barisan depan, dua dari kiri) dan Addyqa (berdiri, tiga dari kanan) bersama rakan sepasukan, serta para atlet dan pegawai sukan lain dalam satu sesi bergambar selesai pertandingan.
SAAT MANIS: Boy Prata (barisan depan, dua dari kiri) dan Addyqa (berdiri, tiga dari kanan) bersama rakan sepasukan, serta para atlet dan pegawai sukan lain dalam satu sesi bergambar selesai pertandingan.

KUCHING: Atlet remaja Pratasarthee Punniyamoorthy dan Ayu Addyqa Azmie berjaya mengharumkan nama Sarawak selepas menjuarai kategori masing-masing dalam satu pertandingan di Sabah, baru-baru ini.

Kedua-duanya merupakan antara lapan pencabar dari Bumi Kenyalang berentap di ‘Elopura Fights II: Defenders of Elopura 2018’, yang berlangsung di Dewan Persatuan Hakka di Sandakan hujung minggu lepas.

Acara dua-malam tersebut dianjurkan oleh Persatuan Muaythai Daerah Sandakan, dengan tajaan Denz Artisan Coffee Roasters dan sokongan daripada #AskarHantu66 serta Four Points by Sheraton Sandakan.

Berumur 16 tahun, Pratasarthee – atau lebih dikenali sebagai ‘Boy Prata’ – menumpaskan Fared Kickpro mewakili White Tiger Kickpro bagi menjulang Piala Boxxtomoi Asia – Kategoti 51 Kilogram.

Peninju cilik, Addyqa, pula menewaskan Faiz ‘Harimau Kumbang’ yang mewakili salah satu pasukan tuan rumah, 66 Unicorn Sandakan.

Boy Prata dan Addyqa merupakan antara atlet pelapis di bawah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) yang dilatih untuk Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-19 yang bakal berlangsung di Perak pada September ini.

Dijangkakan muaythai akan termasuk dalam acara-acara yang akan dipertandingkan untuk SUKMA 2018, biarpun senarai rasmi penuh masih belum diisytiharkan.  

Atlet-atlet Sarawak lain yang bertanding di Sandakan hujung minggu lepas adalah Mohd Eswandy Hassan, Hunson Kayan and abang kepada Addyqa, Ayu Arasy Azmie from Kuching; Aman Koboi dari Bintulu; serta Morris Hii dan Fadzly Julai dari Miri.

Acara ‘Elopura Fights II: Defenders of Elopura 2018’ melibatkan 38 pesaing – termasuk tiga dari Thailand dan seorang dari India – berentap dalam 19 perlawanan profesional. 

Di samping itu, terdapat juga 32 perlawanan amatur dan tiga perlawanan separa-pro wanita.
Siri Elopura Fights merupakan sambungan daripada ‘Dynamite Naksoo: Asia Fight Tour’ yang dipentaskan di Sandakan 12 Disember, 2015 – yang diadakan dengan kerjasama daripada Counterpart Dynamite Muaythai dari Australia.

Kejayaan acara ini menjadi pemangkin kepada penganjuran siri sulung Elopura Fights, yang diadakan pada 12 dan 13 Ogos, 2016 – juga di Sandakan. 

Ia diadakan dengan kerjasama Boxxtomoi Asia dan KL7. 

‘Elopura’ merupakan nama lama bagi Bandar Sandakan. 
 

  • oleh
  • Advertisement