Anda di sini

Myanmar bina struktur keselamatan di atas tanah Rohingya: Amnesty

Advertisement
 Imej gabungan daripada gambar satelit serahan Amnesty International dan DigitalGlobe semalam menunjukkan imej sebelum dan selepas struktur keselamatan dibina oleh Myanmar di kampung Rohingya, Pa Da Kar Ywar Thit, di negeri Rakhine. — Gambar AFP
STRUKTUR BAHARU: Imej gabungan daripada gambar satelit serahan Amnesty International dan DigitalGlobe semalam menunjukkan imej sebelum dan selepas struktur keselamatan dibina oleh Myanmar di kampung Rohingya, Pa Da Kar Ywar Thit, di negeri Rakhine. — Gambar AFP

YANGON: Myanmar sedang membina struktur kese-lamatan di atas kampung-kampung Rohingya yang dibakar, menurut Amnesty International semalam, me-nimbulkan keraguan terhadap rancangan negara itu untuk penghantaran pulang beratus ribu pelarian.

Hampir 700,000 penduduk Islam Rohingya telah melari-kan diri dari utara negeri Rakhine ke Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan serangan kejam terhadap pemberontak enam bulan lepas di mana Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menggelarnya sebagai pembersihan etnik.

Myanmar menolak tuduhan itu, menyatakan ia bertindak balas terhadap serangan oleh Tentera Penyelamat Arakan Rohingya pada lewat Ogos.

Namun pengkritik me-nuduh tentera menggunakan serangan pengganas bagi melancarkan “operasi pembersihan” yang tidak sepa-tutnya sebagai satu muslihat bagi menghalau keluar puak minoriti ini.

Laporan baharu Amnesty, “Remaking Rakhine State” menggunakan gambar diambil oleh satelit dan temu bual menunjukkan satu pe-ningkatan mendadak pada infrastruktur ketenteraan dan pembinaan lain sejak awal tahun di mana penyelidik menyatakan jumlah tersebut bersamaan dengan “rampasan tanah”.

Bukti baharu dan pembinaan semula yang didokumenkan oleh Amnesty dalam penyelidikan terbaharu kami menunjukkan bahawa pihak berkuasa Myanmar sedang membina di atas tempat di mana Rohingya perlu untuk kembali,” Tirana Hassan, pengarah respons krisis Amnesty, memberitahu AFP sebelum pembebasan laporan semalam.

Dalam beberapa contoh terdapat kemusnahan rumah yang sedia ada.”

Walaupun mengaku imej hanya lakaran sebahagian daripada gambar, kumpulan hak asasi menyatakan struktur pasukan keselamatan, kawasan pendaratan helikopter dan malah jalan raya telah dibina di dalam dan sekitar kediaman Rohingya yang dibakar.

Imej satelit sebuah kampung bernama Kan Kya di luar pekan Maungdaw di Rakhine yang diambil dua bulan selepas serangan pada Ogos menunjukkan sebuah kawasan penempatan yang musnah dalam kebakaran.

Namun pada awal Mac beberapa struktur dapat dilihat di tanah tersebut. Pihak Amnesty percaya ia adalah sebahagian daripada sebuah pangkalan baharu bagi pasukan keselamatan.

Aktiviti bangunan yang sama turut dikesan di kampung Inn Din, di mana Myanmar telah mengakui bahawa pasukan keselamatannya telah mengambil bahagian dalam pembunuhan 10 orang Rohingya pada September.

Negeri Rakhine telah kebanyakan ditutup kepada kumpulan hak asasi, pihak media dan penyiasat PBB.

Myanmar dan Bangladesh telah sepatutnya mula menghantar pulang pelarian Rohingya pada lewat Januari namun ramai yang teragak-agak untuk kembali ke sebuah tempat tanpa jaminan untuk hak asas dan keselamatan.

Laporan turut membangkitkan kebimbangan bahawa kawasan Rohingya yang terbiar akan diserah kepada penduduk etnik Buddha Rakhine dan kumpulan lain bukan Islam di kawasan tersebut, serta perubahan pada landskap akan mema-damkan bukti kekejaman oleh pihak tentera.

Pihak berkuasa Myanmar tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut. — AFP

Advertisement