Anda di sini

LISUS Bahagian Sibu: Orang ramai dipelawa sertai lima acara sukan

Advertisement

SIBU: Orang ramai dipelawa menyertai lima acara sukan yang dipertandingkan sempena Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) Bahagian Sibu 2018 pada 17, 18, 24 dan 25 Mac ini.

 LISUS dianjurkan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu, mempertanding lima sukan iaitu sepak takraw, futsal terbuka lelaki dan wanita, bola sepak sembilan sebelah, bola jaring dan bola keranjang 3 lawan 3.

 Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Kaya Raju berkata LISUS Bahagian Sibu tahun ini mempertanding empat sukan teras dan satu sukan pilihan.

 “Empat acara teras ini ialah futsal, bola sepak, sepak takraw dan bola jaring. Sementara sukan pilihan ialah bola keranjang,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

 Fasa pertama LISUS pada 17 dan 18 Mac ini melibatkan futsal lelaki dan wanita, sepak takraw dan bola keranjang.

 Sementara pertandingan bola jaring dan bola sepak berlangsung pada 24 dan 25 Mac.

 Futsal berlangsung di Stadium Tertutup Bukit Lima, bola sepak (Stadium Tun Zaidi), sepak takraw (Gelanggang Sepak Takraw Bandong), bola keranjang (Stadium Bola Keranjang Hin Hua) dan bola jaring (SK Agama Sibu).

 Kaya berkata, pihaknya menyasarkan 20 hingga 30 pasukan mengambil bahagian pada setiap sukan dipertandingkan.

 Pertandingan ini terbuka kepada semua kecuali peserta pernah mewakili negeri Sarawak pada 2016 dan 2017.

 Bagaimanapun, peserta pernah mewakili negeri pada 2015 dan sebelumnya boleh mengambil bahagian.

 “Ini bagi memberi peluang kepada peserta lain mengambil bahagian,” jelasnya sambil menambah wakil bahagian boleh menyertai pertandingan ini.

 Menurut Kaya, pemenang bagi setiap acara mewakili Bahagian Sibu ke pertandingan peringkat bahagian di Miri, April depan.

 Bagi yang berminat menyertai sukan dipertandingkan boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu di talian 084-333400.

 Orang ramai juga boleh menghubungi Halel Mohd Ibrahim (013-8117850) bagi sukan futsal dan bola sepak, Junaidi Ahmad (013- 8122408) bagi bola sepak, Idris Alphonso (013-8115996) dan Mohd Adruce Abdullah (012-8731204) sepak takraw dan Ling Kuok Min (013- 8184556) bola keranjang.

 Yuran penyertaan bagi futsal dan bola sepak ialah RM150 sementara RM50 bagi acara sukan yang lain.

 Tarikh tutup penyertaan pada 15 Mac ini bagi acara sepak takraw, bola keranjang dan futsal sementara bola sepak dan bola jaring pada 22 Mac.

Advertisement