Anda di sini

Golf: DGCC perkenal sistem merit baharu

Advertisement

KUCHING: Damai Golf Country Club (DGCC) memperkenal sistem merit baharu untuk kejohanan golf bulanan dalam usaha meningkatkan mutu permainan ahli-ahlinya.

 Pengurus Besarnya, Roslan Mohd Salleh berkata pengenalan sistem baharu itu bertujuan mengukuhkan kedudukan pemainpemain dalam carta keseluruhan di samping menjadikan kejohanan lebih menarik.

 Menurutnya, ahl iahli kelab menyambut baik sistem baharu itu meskipun sedar ia memberikan cabaran baharu.

 “Malah, mereka (ahli-ahli) teruja untuk mengekalkan kedudukan setiap bulan.

 “Selain itu, dengan sistem merit baharu ini, ia menggalakkan mereka untuk bersaing secara kompetitif antara satu sama lain,” katanya.

 Mengulas lanjut, Roslan mendedahkan tujuan sistem itu adalah untuk menentukan siapa yang bakal mewakili DGCC pada kejohanan antara kelab yang diadakan hujung tahun ini.

Advertisement