Anda di sini

10 tahun tanggung azab

Advertisement
 Suspek diiringi anggota polis ke Balai Polis Lawas, kelmarin.
TERGAMAK: Suspek diiringi anggota polis ke Balai Polis Lawas, kelmarin.

LAWAS: Sepuluh tahun menanggung azab, seorang wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dirogol ayahnya sendiri sejak berusia 15 tahun, kelmarin.

Mangsa, 25, yang tidak bekerja turut mendakwa kali terakhir dirogol ayahnya awal Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa mendakwa terpaksa akur dengan perbuatan terkutuk ayahnya kerana takut akan dimarahi.

Kali terakhir mangsa mendakwa dirogol ayahnya pada 1 Februari lepas, jam 10 pagi di pondok kebun getah milik keluarga mangsa di Kampung Languban, Merapok,” katanya semalam.

Abang Zainal berkata, tiada orang lain yang menyaksikan kejadian itu.

Sehubungan itu, suspek telah ditangkap dan direman tujuh hari sehingga 15 Mac untuk membantu siasatan,” katanya sambil menambah, mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement