Anda di sini

Dua maut, dua cedera

Advertisement
 Keadaan kedua-dua kereta yang terbabit dalam kemalangan lewat malam kelmarin.
REMUK: Keadaan kedua-dua kereta yang terbabit dalam kemalangan lewat malam kelmarin.
 Keadaan kedua-dua kereta yang terbabit dalam kemalangan lewat malam kelmarin.
REMUK: Keadaan kedua-dua kereta yang terbabit dalam kemalangan lewat malam kelmarin.
 Pemandu dan penumpang kereta yang maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Sri Aman, malam kelmarin.
TRAGIK: Pemandu dan penumpang kereta yang maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Sri Aman, malam kelmarin.

  Dua kereta bertembung di Jalan Sri Aman-Betong, malam kelmarin

SRI AMAN: Dua maut manakala dua lagi cedera ringan setelah dua kereta bertembung di Kilometer 15, Jalan Sri Aman-Betong berdekatan Simpang SALCRA Pakit, berhampiran Kem Pakit di sini, sekitar jam 8.40 malam kelmarin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman berkata, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Shaufiq Fazrul George beralamat di Kampung Kolong 2, Jalan Matang, Kuching yang merupakan pemandu salah sebuah kereta.

Manakala seorang lagi yang maut dikenal pasti sebagai Achi Manggi, 75, penumpang kereta tersebut yang berasal dari Rumah Riti, Empadi Batu Anchau, Batu Lintang Undop, dekat sini.

Menurut jurucakap itu lagi, kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian dipercayai dalam perjalanan dari Batu Lintang, Undop ke pusat bandar Sri Aman.

Katanya, dua mangsa yang menaiki sebuah lagi kereta cedera di kepala dan badan.

Mereka dikenal pasti sebagai Shedek Morshidi, 34, pemandu kereta yang beralamat di Kampung Seniawan, Serian manakala Mahidi Mahmud, 38, penumpang, beralamat di Kampung Tengah, Tuie, Pusa.

"Shedek dan Mahidi dipercayai dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Kampung Tuie, Pusa.

"Pemandu dan penumpang kereta yang mengalami kecederaan ringan di kepala dan badan itu telah dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman untuk mendapatkan rawatan lanjut," jelasnya.

Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Shaufiq terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta dipandu Shedek yang datang dari arah Sri Aman.

  • oleh
  • Advertisement