Anda di sini

YBR akan beri bantuan awal persekolahan kepada 250 murid

Advertisement

RM100 untuk setiap murid dari 16 kawasan Parlimen terpilih 

KOTA MARUDU: Yayasan Bank Rakyat (YBR) akan memberi bantuan awal persekolahan berupa RM100 setiap seorang kepada 250 murid dari 16 kawasan Parlimen terpilih di seluruh negara tahun ini.

Anggota Lembaga Pemegang Amanah YBR Saiful Yazan Sulaiman berkata bantuan menerusi  tanggungjawab sosial korporat (CSR) yayasan itu akan dkreditkan ke akaun simpanan Bank Rakyat murid  masing-masing di samping turut menerima beg sekolah.

Selain itu, kita juga memberi RM1,440 kepada 10 sekolah terpilih di Kota Marudu untuk mengadakan  kelas tambahan kepada pelajar menerusi Program Tuition Rakyat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis penyampaian Program Bantuan Awal Persekolahan dan Tuition Rakyat YBR di Kota Marudu di sini semalam.

Saiful Yazan berkata untuk program masa panjang, YBR mengadakan Program Didik Rakyat di sekolah terpilih di Sabah, yang mana yayasan itu telah membelanjakan kira-kira RM180,000 untuk menjayakan program itu sepanjang tahun lepas.

Selain itu, beliau berkata YBR turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menjayakan Projek Bola Sepak Tujuh Sebelah dan Satu Murid Satu Sukan tahun ini.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda berkata hubungan baik di antara YBR dan kerajaan membolehkan institusi itu melaksanakan CSR dengan lebih berkesan, khususnya di kawasan luar bandar.

CSR sebegini amat bererti terutama kepada anak-anak daripada golongan kurang berkemampuan.

Beginilah kerajaan kita sekarang ini, bila kerajaan stabil, ekonomi juga stabil, maka bank juga dapat memberikan CSR terbaik kepada masyarakat luar bandar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis itu.

Wetrom turut berharap rakyat terus menyokong Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan agar lebih banyak kemudahan, termasuk prasarana sekolah dapat dibangunkan bagi memastikan tiada rakyat terpinggir daripada sistem pendidikan negara yang baik. — Bernama

Advertisement