Anda di sini

Tiada lagi istilah projek terbengkalai di Sabah: Ismail Sabri

Advertisement
TIGA orang sekeluarga menerima replika kunci rumah PPRT mereka yang disampaikan oleh Ismail (kiri).
TIGA orang sekeluarga menerima replika kunci rumah PPRT mereka yang disampaikan oleh Ismail (kiri).

PUTATAN: Tiada lagi istilah projek Program Bantuan Rumah (PPRT) terbengkalai di Sabah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua projek PPRT 2018 akan dipantau dan perlu disiapkan secepat mungkin.

Program Walkabout dan penyerahan kunci rumah PPRT Bina Baru di bawah Program Bantuan rumah KKLW.

Bagi PPRT 2018, kita akan mulakan dengan segera sebelum berakhirnya 2018.

Namun bagi projek PPRT yang melibatkan baik pulih sahaja, saya harap ia disiapkan dalam tempoh satu hingga dua bulan agar tiada lagi istilah projek terbengkalai berlaku.

Untuk memastikan semua projek berjalan dengan lancar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa bersama untuk memantau perkembangan setiap projek yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada program Walkabout dan Penyerahan Kunci Rumah PPRT Bina Baru di bawah program Bantuan Rumah KKLW di sini pada Isnin.

Tambahnya KKLW serta kerajaan negeri juga akan membuat perbincangan berkenaan projek-projek yang hendak dilaksanakan di Sabah melalui jawatankuasa bersama itu.

Melalui jawatankuasa bersama ini juga, kita akan selesaikan segala masalah yang timbul secara bersama.

Jadi tidak timbul lagi isu kerajaan negeri tidak mengetahui terdapatnya rumah mahupun projek yang terbengkalai kerana pemantauan akan kita lakukan secara bersama,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail berkata kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM65.4 juta melibatkan sasaran 3,450 unit rumah di Sabah.

Katanya jumlah berkenaan terbahagi kepada dua jenis projek iaitu bina baharu dan baik pulih.

Tahun ini, kita akan melaksanakan sebanyak 250 unit rumah bina baharu dan 3,200 unit rumah untuk dibaik pulih dengan jangkaan lebih kurang 16,000 mendapat manfaat,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Ismail menyerahkan kunci rumah PPRT kepada tiga buah keluarga di Kampung Muhibbah Putatan.

ISMAIL (depan dua kanan) berbual mesra dengan penerima bantuan PPRT Harsat Sait (depan dua kiri).
ISMAIL (depan dua kanan) berbual mesra dengan penerima bantuan PPRT Harsat Sait (depan dua kiri).
ISMAIL berkesempatan merasmikan sendiri tiga buah rumah PPRT yang telah siap.
ISMAIL berkesempatan merasmikan sendiri tiga buah rumah PPRT yang telah siap.
  • oleh
  • Advertisement