Anda di sini

Rogol: Mahkamah keluar waran tangkap ke atas penganggur

MIRI: Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang penganggur yang dituduh merogol adik kandungnya.

Mahkamah memerintahkan waran tangkap ke atas tertuduh dikembalikan pada 28 Februari ini.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Steve Ritikos setelah membenarkan permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz.

Terdahulu dalam permohonannya, Aftal memberitahu bahawa kes itu ditetapkan untuk sebutan namun tertuduh didapati gagal hadir.

Justeru, beliau memohon agar dikeluarkan waran tangkap ke atas tertuduh terbabit.

Tertuduh berusia 27 tahun, dari Kampung Hulu Sungai Miri didakwa mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) memperuntukkan hukuman penjara kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan hukuman sebat jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun (semasa kejadian) yang mempunyai pertalian darah dengannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada Januari, 2015 di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Hulu Sungai Miri.