Anda di sini

Mayat hampir reput ditemui terapung

Mayat tersebut ditemui di sungai berhampiran Kampung Salak

KUCHING: Penduduk di Kampung Salak, di sini gempar dengan penemuan mayat manusia yang hampir reput terapung di sungai tersebut sekitar jam 3 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Abang Junaidi Abang Anuar mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti mayat berkenaan masih dijalankan.

Mayat tersebut telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan orang yang ada kehilangan ahli keluarga juga boleh menghubungi pihak polis untuk tujuan pengecaman.